Thursday, April 2, 2009

LANGKAH TELAH DI MULA.....

Akhirnya….setelah hampir 4 bulan Kandang kami di buka secara rasminya.(ni x campur ngan masa nak set up projek..yg ambil masa kat setahun..).barulah hari ini kami berpeluang mencoret sedikit pengalaman yang tidak seberapa untuk di kongsikan agar ia dapat menjadi teladan atau panduan kepada mereka yang bercadang atau ingin menceburi bidang tani ini…

Dalam kegawatan ekonomi yang semakin meruncing…memang tidak di nafikan usahawan-usahawan tani bercambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan…(kalau x caya..tgk la tv..bila temubual dgn pekerja2 yg nak diberhentikan (VSS)..kebanyakan mereka nak menceburi bidang pertanian dgn hasil wang VSS tersebut…)..Para graduan kita juga sudah mula memandang tinggi ke arah pertanian..walaupun satu masa dulu hendak pandang sebelah mata pun belum tentu..(termasuk la diri sendiri…hehehehe)..namun kini yg paling membanggakan semakin ramai graduan kita sudah bercita-cita untuk memulakan projek pertanian walaupun masih di dalam pengajian...Petani dan penternak bukan lagi pekerjaan yang hina dan taraf rendah....….kami memandang perkara ini amat positif dan harus ditingkatkan. oleh yang demikian, kami sangat mengalu-alukan saudara-saudari sekalian untuk merancakkan ekonomi pertanian ini…..terutamanya dalam bidang ternakan kambing….
Jadi di sini kami ingin berkongsi sedikit gambar2 dan kisah agar dapat di jadikan teladan dan panduan.....
Jan 2008

Mac 2008
April 2008
May 2008
Julai 2008

Thursday, January 22, 2009

SELAMAT DATANG KE KAGAG MATIH FARM, JEMPOL N.SEMBILAN

KAGAG MATIH FARM terletak di Jalan Serting Ulu, Ayer Hitam berdekatan Felda Pasoh3 dan Bandar Sri Jempol, Jempol Negeri Sembilan.Kandang kami terletak di bahu jalan menjadikannya lokasi yang strategik untuk pemasaran dan memudahkan urusan jual beli.Kami menyediakan jualan kambing untuk korban/akikah, daging dan juga baka.Selain itu terdapat galeri jualan bahan-bahan keperluan ternakan seperti dedak ternakan, mineral block, garam jilat, alatan penjagaan kambing dan lain-lain.Kami di KAGAG MATIH FARM juga menawarkan khidmat nasihat kepada penternak berkenaan aspek penjagaan kambing komersial termasuk aspek pemakanan dan juga kebersihan kandang.KAGAG MATIH FARM mengalu-alukan kedatangan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk kami sila ke http://www.kagagmatih.com.my