Thursday, April 2, 2009

LANGKAH TELAH DI MULA.....

Akhirnya….setelah hampir 4 bulan Kandang kami di buka secara rasminya.(ni x campur ngan masa nak set up projek..yg ambil masa kat setahun..).barulah hari ini kami berpeluang mencoret sedikit pengalaman yang tidak seberapa untuk di kongsikan agar ia dapat menjadi teladan atau panduan kepada mereka yang bercadang atau ingin menceburi bidang tani ini…

Dalam kegawatan ekonomi yang semakin meruncing…memang tidak di nafikan usahawan-usahawan tani bercambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan…(kalau x caya..tgk la tv..bila temubual dgn pekerja2 yg nak diberhentikan (VSS)..kebanyakan mereka nak menceburi bidang pertanian dgn hasil wang VSS tersebut…)..Para graduan kita juga sudah mula memandang tinggi ke arah pertanian..walaupun satu masa dulu hendak pandang sebelah mata pun belum tentu..(termasuk la diri sendiri…hehehehe)..namun kini yg paling membanggakan semakin ramai graduan kita sudah bercita-cita untuk memulakan projek pertanian walaupun masih di dalam pengajian...Petani dan penternak bukan lagi pekerjaan yang hina dan taraf rendah....….kami memandang perkara ini amat positif dan harus ditingkatkan. oleh yang demikian, kami sangat mengalu-alukan saudara-saudari sekalian untuk merancakkan ekonomi pertanian ini…..terutamanya dalam bidang ternakan kambing….
Jadi di sini kami ingin berkongsi sedikit gambar2 dan kisah agar dapat di jadikan teladan dan panduan.....
Jan 2008

Mac 2008
April 2008
May 2008
Julai 2008

1 comment:

  1. wah....cayala...modal besar ni..anyway Good Luck bro...

    ReplyDelete